Friday 1 November 2013

Diekstrak Daripada Luahan Kepada Kertas 29 Oktober 2013-Selasa

   P/S: Ni sepatutnya post hari Selasa.
    Aku sebagai lelaki jarang nak menangis,kalau sebab benda-benda yang bodoh je.Bukan ego taw. Tapi kalau menangis, mesti sebab sesuatu yang agak bermakna pada aku. Aku menangis sebab aku takutkan sesuatu perkara, sedih atas sesuatu hal ataupun its about a girl.
Very ashame of me, quite unnecessary of incident. Sadness preserves. Cries may invite.
Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku
Hmm....agak-agak la nak ambik lirik lagu orang...Aku takut tapi aku yakin (ye ke?) aku tak dapat memiliki. Mungkin kerana dia seorang yang sangat agak rapat dengan aku, [kategori sahabat(s)] , takkan aku tak boleh jatuh cinta kot. Aku ni kan manusia. Bukannya alien. Cinta bukan perkara mustahil. Tapi, apapun, aku tak kisah. Sementara ada hidup, better enjoy. Baiklah, dalam mendepani kehidupan, kita ditawarkan dengan dengan dugaan,cabaran, konflik dan masalah. Nak drop Account? Tapi diri rasa bersalah , BERSALAH dan BERSALAH . Tapi sebenarnya aku tak sanggup. Tak kan lah aku nak cerai  sesuatu yang aku miliki , namun demikian , atas sikap aku , aku terpaksa melepaskan Account (InsyaAllah). Tapi rasa bersalah akan membelenggu aku untuk beberapa tempoh, rasanya. Rasa bersalah kepada Cikgu A******pasti akan datang menuding diri. Lagipun, subjek tu agak memeningkan kepala. Tensyen lagi daripada Addmath. Orang tau kata ja kat kita, tapi siapa tahu apa dalam hati ? Malas nak panjangkan hal tersebut, silap hari terbukak aib sendiri,

                                               



Atas ni saja nak bagi happy sikit.


Impikasi dalam Kehidupan!

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Dalam kehidupan, kita banyak membuat langkah dan keputusan untuk bergerak dan melanjutkan diri kita untuk masa yang seterusnya. Tetapi ,kadang-kadang keputusan yang kita buat mungkin memberi kesan atau impak yang sungguh dahsyat.
Ada sesetengah keputusan yang mampun mengubah perjalanan hidup kita. Oleh itu penting untuk kita berfikir sejenak,
apakah benar dengan apa yang kita buat, apakah keputusan kita itu memanfaatkan kita ,juga orang lain?
Tapi ,takut juga apabila kita telah membuat keputusan yang kita rasa "bodoh". Bayangkan, ia telah menjadikan hidup kita huru-hara . Dalam kehidupan jugak, setiap orang menghadapi cinta. Cinta juga perlukan keputusan. Kita lihat pelbagai manusia yang salah membuat keputusan,menyerahkan maruah mereka kepada yang disayangi. Aku juga tidak tahu apakah aku layak membuat keputusan. Aku juga sebenarnya memerlukan nasihat atau bimbingan daripada kalian. Aku tidak upaya untuk melakukannya seorang diri, Andailah aku punyai seorang di sisi untuk meneman di kala suka duka, berkongsi nafas cinta yang sama seperti Hanif dan Asma.(itu hanya contoh ya). Namun demikian, bukanlah masanya untuk bercinta atau berkasih sayang kerana banyak perkara yang perlu kita lakukan. Misalnya, macam aku, seorang pelajar, ada setahun lagi di sekolah menengah. Tak pasti , tapi aku rasa aku sudah pandai memberontak. Kembali kepada tadi, aku mungkin (InsyaAllah) akan menyambung pengajian di mana-mana universiti di Malaysia. Kalau ada rezeki ,dapat la pi oversea.Lepas tu pulak kerja . Ada pendapatan atau status ekonomi yang kukuh , maka sudah boleh berkahwin dan berkeluarga. Dah tua, pencen pulak. And then go dia even die is online everytime. Tapi ini dah meleret jauh (hehe). Dalam konteks kehidupan remaja, banyak perkara yang boleh kita lakukan seperti belajar, buat kerja part-time dan banyak lagi perkara berfaedah.
Jangan jadi bangang seperti ini.
Kesimpulannya,apa pun kita buat, terutamanya berkisar tentang keputusan dalam hidup, orang kata, fikir masak-masak . Tapi aku kata, kalau nak buat apa-apa , jangan buat perkara bodo,jangan menyusahkan ibu bapa, orang sekeliling, terutama yang menyayangi kita bagai nak iaitu ibu bapa. Kekurangan itu datang daripada aku , mana yang baik semua datang daripada Allah Yang Maha Esa. Jazakallahukhaira. Wassalamualaikum.