Friday 1 November 2013

Impikasi dalam Kehidupan!

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Dalam kehidupan, kita banyak membuat langkah dan keputusan untuk bergerak dan melanjutkan diri kita untuk masa yang seterusnya. Tetapi ,kadang-kadang keputusan yang kita buat mungkin memberi kesan atau impak yang sungguh dahsyat.
Ada sesetengah keputusan yang mampun mengubah perjalanan hidup kita. Oleh itu penting untuk kita berfikir sejenak,
apakah benar dengan apa yang kita buat, apakah keputusan kita itu memanfaatkan kita ,juga orang lain?
Tapi ,takut juga apabila kita telah membuat keputusan yang kita rasa "bodoh". Bayangkan, ia telah menjadikan hidup kita huru-hara . Dalam kehidupan jugak, setiap orang menghadapi cinta. Cinta juga perlukan keputusan. Kita lihat pelbagai manusia yang salah membuat keputusan,menyerahkan maruah mereka kepada yang disayangi. Aku juga tidak tahu apakah aku layak membuat keputusan. Aku juga sebenarnya memerlukan nasihat atau bimbingan daripada kalian. Aku tidak upaya untuk melakukannya seorang diri, Andailah aku punyai seorang di sisi untuk meneman di kala suka duka, berkongsi nafas cinta yang sama seperti Hanif dan Asma.(itu hanya contoh ya). Namun demikian, bukanlah masanya untuk bercinta atau berkasih sayang kerana banyak perkara yang perlu kita lakukan. Misalnya, macam aku, seorang pelajar, ada setahun lagi di sekolah menengah. Tak pasti , tapi aku rasa aku sudah pandai memberontak. Kembali kepada tadi, aku mungkin (InsyaAllah) akan menyambung pengajian di mana-mana universiti di Malaysia. Kalau ada rezeki ,dapat la pi oversea.Lepas tu pulak kerja . Ada pendapatan atau status ekonomi yang kukuh , maka sudah boleh berkahwin dan berkeluarga. Dah tua, pencen pulak. And then go dia even die is online everytime. Tapi ini dah meleret jauh (hehe). Dalam konteks kehidupan remaja, banyak perkara yang boleh kita lakukan seperti belajar, buat kerja part-time dan banyak lagi perkara berfaedah.
Jangan jadi bangang seperti ini.
Kesimpulannya,apa pun kita buat, terutamanya berkisar tentang keputusan dalam hidup, orang kata, fikir masak-masak . Tapi aku kata, kalau nak buat apa-apa , jangan buat perkara bodo,jangan menyusahkan ibu bapa, orang sekeliling, terutama yang menyayangi kita bagai nak iaitu ibu bapa. Kekurangan itu datang daripada aku , mana yang baik semua datang daripada Allah Yang Maha Esa. Jazakallahukhaira. Wassalamualaikum.

No comments:

Post a Comment