Wednesday 16 July 2014

Aib, Aib Everywhere

Assalamualaikum semua, bertemu pada post kali ini.

Dah tengok tajuk tu ? Yang boleh berbangkit isu ni sebab teringat cerita tajuk AIB dengan member tidak berapa lama dahulu. (ada la setahun, dua, tiga tahun dulu.) 
Cakap pasai AIB , everyone knows apa itu AIB. Aku malas nak hurai panjang-panjang pasai maksud AIB ni. Yang penting sekarang ni macam mana itu situasi " AIB ".


-Bukak Aib Orang : Yang ni memang takdak keja bukak aib orang. Dah tu manusia tu jahat ka, kaki judi ka, penzina ka, janganlah pulak pi sebar lagi cerita pasai manusia tu jahat dengan sekali detail perbuatan dia. Jangan la kita macam tu, berilah peluang dan support manusia tu untuk bertaubat.

-Bukak Aib Sendiri : Contohnya, post status yang tertentu, bersikap bukan-bukan dalam laman sosial, upload foto tak senonoh , (kiranya yang bukan-bukan dan entah apa-apa) , tahap brain retarded dan pelbagai lagi. Lepas tu bila orang komen nasihat atau mengutuk photo yang diupload , dah tu user tu maki pengkomen-pengkomen tu balik. Senang cerita, "Jangan Upload Aib Anda."

-Orang Bukak Aib Kita : Fikir semula , kita pernah tak mengaibkan orang? Kalau ada , cuba mintak maaf kat orang tersebut. Ni kalau dah terbukak aib sendiri , pandai-pandailah tutup aib kita seperti kita pandai-pandai bukak aib orang lain.


Sembang pasai aib ni , hal ini kiranya kategori berat jugak la bagi aku. Kalau aib sendiri terbuka, malu kat orang-orang sekeliling. Tapi ingat satu benda ja, buat perangai tu elok-elok , sebab apa :-

 "Kalau Tuhan  bukak aib kita depan orang lain sebab kita perbuatan kita jugak, macam mana pulak rasanya ?


Dah tu sapa-sapa , kalau dia terasa aku bukak aib dia ka , aku mintak maaf seikhlas hati. Aku ni kadang-kadang bangang jugak , cakap laju jer tiada tapisan , tak perasan la kot aku bukak aib orang. Jadi saya minta maaf sekali lagi . Sekian sahaja untuk post sekali ini , Assalamualaikum.
Pesanan saya pada post sekali ini :


"Speak No Evil."
"See No Evil."
"Hear No Evil."

"Jangan Upload Aib Anda , Anda Mampu Mengubahnya."

Friday 11 July 2014

Pertemuan

Assalamualaikum semua!
Berjumpa kita pada post aku pada kali ini.
Berdebu dah blog aku ni. Aku rasa post sebelum ini ialah pada bulan Januari 2014.
Haha. Aku suka baca blog orang tapi malas nak update blog sendiri.
Trollguy.png

Nampak tajuk tu ? Pertemuan?  Apa maksud aku pada post kali ni?

Pertemuan ialah satu perkara di mana kita menghadapi(berhadapan dengan) sesuatu. Ni yang aku nak cerita ni. Dalam hidup ini , banyak berlaku pertemuan.  Dalam tahun ni saja dah banyak pertemuan. Ok ok ok lah.
 Contoh senarai pertemuan pada 2014 :
- Jatuh cinta
-Belajar chapter baru dalam sebarang subjek
- Dapat inspirasi untuk lukisan
- SPM 2014

Pada SPM 2014 tu aku bolded .Hahaha. itu the biggest thing  i will face at the end of the year. Aku kan form 5. Tapi sikap macam nak main-main saja.  Haiya. Hujung tahun ni nak peksa . Tapi takpa, semangat aku dah
datang balik ! xD Sapa tak teringin nak berjaya? Betoi kan? Dalam menghadapi pertemuan apa jua sekalipun, kita tidak harus panik dan berfikiran dan bertindak melulu. Tidak , rosaklah pertemuan itu. 

Aku sebenarnya malas nak tulih banyak sebab keyboard rosak. Ni pun pakai On-Screen Keyboard nih. Jadi, bertemu lagi di post seterusnya entah bila-bila lagi. Sekian, wasalam. 

Thursday 16 January 2014

Macam-macam

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali ! Seminggu ni asyik isu kangkung jer ! Entah apa2 -_-  Hari selasa ritu demam la pulak plus selsema dan batuk. very bad. mungkin jugak kafarah dosa (aisyah yg habaq) dan mungkin dah lama tak demam .. huhu ..Apapun itu tidak menjadi tajuk utama namu begitu isu kangkung sangat buat aku menggila. "Kangkung dulu naik sekarang dah turun. Bila naik kutuk kerajaan, bila turun pujilah kerajaan ! " This is mengarut. Beliau sepatutnya turunkan harga ikan ke, cabai ke.. ni bawak turun harga kangkung, memang la rakyat kata macam-macam! haiya... *facepalm* kangkung tu boleh ditanam tepi rumah jaa. mujur la tak kata turun harga daun kari...lagi la orang kata apa......tak patut salahkan beliau saja...mana tau beliau salah cakap (aku husnudzon ni-haha) aku bukan di mana-mana pihak dan aku bercakap atas dasar kerasionaliti. Dan kelmarin 16/1 berlaku sesuatu yg sangat menyentuh hati aku. Mejaku hanya berhadapan dengan meja guru. Meja paling depan.lah katakan. Sewaktu aku sedang menyiapkan sejarah pada waktu akaun , ada cikgu akaun tu kata "rugi kamu tak ambik akaun arif" . aku boleh rasa 'nada keibuan' tu. kelu lidah aku. tersentuh hati aku. tp dalam hati aku mcm nak kata
ja, "maafkan saya cikgu, saya takkan jilat ludah saya balik." aku dah terlajak perahu. aku terjun perahu dengan labu-labu. Biarkan. eh satu jugak , iman pi kata nak drop akaun. ceh. memanglah dia bergurau, tapi tak pasai aku ni dah jadi macam "perintis drop subjek" pulak...haha, mcm smart gak title tu...macam menarik je macam comel je macam kiut miut je macam macam...dan juga kelmarin, dpt rm100 dan spek patah. duit keluaq secepat dapat duit. beli lain la pulak spek mata nanti. rasa tak puas hati jugak bila duit dah dapat tapi nak kena keluaq pulak. Tapi takpa peristiwa "Akaun quest" pada kelmarin sudah cukup menggembirakan aku.

Sunday 12 January 2014

2014 is HERE!!

   Ini adalah post pertama di awal tahun setelah beberapa lama tidak aktif blog setelah bercuti tahun lepas dan malas bukak pc sebab lama tak topup broadband -_-. Berbalik kepada tajuk utama,2014 is HERE!! , tahun ini merupakan tahun kesempitan (aku rasa). dengan kenaikan harga yang nu yang ni dan perlaksanaan cukai GST kelak bakal merubah keadaan ekonomi Malaysia? Mungkin? Hahaha. Tak mau nak hurai panjang. Tahun ini tahun aku bakal menduduki SPM with batch #97 !!! This is important year !! Tapi macam ubah sikit je diri aku. rajin sikit kot. Walaupun rezeki itu hak Allah , tak usah nak duduk saja dan tidak berusaha. macam mana Allah nak bagi? Setelah balik daripada Perkampungan Penulis Remaja tahun lepas, aku rajin jugak mencipta puisi. Puisi yang pelbagai genre, tetapi cinta + unsur nasihat. Mudah untuk mengungkapkan sesuatu yang aku rasa dalam puisi daripada mengungkapkan di bibir ini.
Tu dia. Puisi yang tulis kat note.

kalau tak nampak kat gambar tu, zoom lah sendiri. haha. Sebenarnya , blog ini juga menjadi tempat meluah perasaan. Kadang-kadang bila silap post status kat Facebook, nanti salah faham pulak. biasalah. Facebook bukannya tempat meluah perasaan, ianya Laman Sosial.  Berbalik kepada hal tadi, menulis puisi merupakan salah satu medium aku menyampaikan/meluahkan perasaan. Itu fitrah untuk mencintai seseorang. Macam aku, aku mencintai tut tut tut. Sapa nak mengaku? Betui dak? Tapi kalau anda, anda dan anda mencintai sesorang dan tau-tau sudah ada yang lain di hatinya, janganlah bersedih. Biasalah. Hidup ini memang begitu. Tapi jangan kita salahkan dia pulak atau diri kita. Kita perlu redha . Setakat masih seorang remaja yang bersekolah, usahlah nak kata " nak wat camna, takda jodoh dengan dia." Tak layak lagi nak sebut lagu tu. Sabar lah. Nak sampai umur 24/25 bukan lama pun. Nak kukuh ekonomi bagi orang lelaki kot yang tu lama. .

Tapi apapun selamat menjalani kehidupan 2014 dan seterusnya!!

Friday 1 November 2013

Diekstrak Daripada Luahan Kepada Kertas 29 Oktober 2013-Selasa

   P/S: Ni sepatutnya post hari Selasa.
    Aku sebagai lelaki jarang nak menangis,kalau sebab benda-benda yang bodoh je.Bukan ego taw. Tapi kalau menangis, mesti sebab sesuatu yang agak bermakna pada aku. Aku menangis sebab aku takutkan sesuatu perkara, sedih atas sesuatu hal ataupun its about a girl.
Very ashame of me, quite unnecessary of incident. Sadness preserves. Cries may invite.
Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku
Hmm....agak-agak la nak ambik lirik lagu orang...Aku takut tapi aku yakin (ye ke?) aku tak dapat memiliki. Mungkin kerana dia seorang yang sangat agak rapat dengan aku, [kategori sahabat(s)] , takkan aku tak boleh jatuh cinta kot. Aku ni kan manusia. Bukannya alien. Cinta bukan perkara mustahil. Tapi, apapun, aku tak kisah. Sementara ada hidup, better enjoy. Baiklah, dalam mendepani kehidupan, kita ditawarkan dengan dengan dugaan,cabaran, konflik dan masalah. Nak drop Account? Tapi diri rasa bersalah , BERSALAH dan BERSALAH . Tapi sebenarnya aku tak sanggup. Tak kan lah aku nak cerai  sesuatu yang aku miliki , namun demikian , atas sikap aku , aku terpaksa melepaskan Account (InsyaAllah). Tapi rasa bersalah akan membelenggu aku untuk beberapa tempoh, rasanya. Rasa bersalah kepada Cikgu A******pasti akan datang menuding diri. Lagipun, subjek tu agak memeningkan kepala. Tensyen lagi daripada Addmath. Orang tau kata ja kat kita, tapi siapa tahu apa dalam hati ? Malas nak panjangkan hal tersebut, silap hari terbukak aib sendiri,

                                               



Atas ni saja nak bagi happy sikit.


Impikasi dalam Kehidupan!

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Dalam kehidupan, kita banyak membuat langkah dan keputusan untuk bergerak dan melanjutkan diri kita untuk masa yang seterusnya. Tetapi ,kadang-kadang keputusan yang kita buat mungkin memberi kesan atau impak yang sungguh dahsyat.
Ada sesetengah keputusan yang mampun mengubah perjalanan hidup kita. Oleh itu penting untuk kita berfikir sejenak,
apakah benar dengan apa yang kita buat, apakah keputusan kita itu memanfaatkan kita ,juga orang lain?
Tapi ,takut juga apabila kita telah membuat keputusan yang kita rasa "bodoh". Bayangkan, ia telah menjadikan hidup kita huru-hara . Dalam kehidupan jugak, setiap orang menghadapi cinta. Cinta juga perlukan keputusan. Kita lihat pelbagai manusia yang salah membuat keputusan,menyerahkan maruah mereka kepada yang disayangi. Aku juga tidak tahu apakah aku layak membuat keputusan. Aku juga sebenarnya memerlukan nasihat atau bimbingan daripada kalian. Aku tidak upaya untuk melakukannya seorang diri, Andailah aku punyai seorang di sisi untuk meneman di kala suka duka, berkongsi nafas cinta yang sama seperti Hanif dan Asma.(itu hanya contoh ya). Namun demikian, bukanlah masanya untuk bercinta atau berkasih sayang kerana banyak perkara yang perlu kita lakukan. Misalnya, macam aku, seorang pelajar, ada setahun lagi di sekolah menengah. Tak pasti , tapi aku rasa aku sudah pandai memberontak. Kembali kepada tadi, aku mungkin (InsyaAllah) akan menyambung pengajian di mana-mana universiti di Malaysia. Kalau ada rezeki ,dapat la pi oversea.Lepas tu pulak kerja . Ada pendapatan atau status ekonomi yang kukuh , maka sudah boleh berkahwin dan berkeluarga. Dah tua, pencen pulak. And then go dia even die is online everytime. Tapi ini dah meleret jauh (hehe). Dalam konteks kehidupan remaja, banyak perkara yang boleh kita lakukan seperti belajar, buat kerja part-time dan banyak lagi perkara berfaedah.
Jangan jadi bangang seperti ini.
Kesimpulannya,apa pun kita buat, terutamanya berkisar tentang keputusan dalam hidup, orang kata, fikir masak-masak . Tapi aku kata, kalau nak buat apa-apa , jangan buat perkara bodo,jangan menyusahkan ibu bapa, orang sekeliling, terutama yang menyayangi kita bagai nak iaitu ibu bapa. Kekurangan itu datang daripada aku , mana yang baik semua datang daripada Allah Yang Maha Esa. Jazakallahukhaira. Wassalamualaikum.

Tuesday 29 October 2013

Tragedi Oktober ! (konflik sebenarnya )

Assalamualaikum ..!!!!! Inilah post pertama aku. So pada hari ni , ada la cerita sikit . Ada seroang sahabat aku ni merajuk pulak. Aku ni mudah teremosi . Kata-kata dia membuat aku rasa macam , "Aku ni lemah sangat ka?" tapi aku paham. Dia seorang yang mengerti. Dia paham yang aku ni agak lemah sebenarnya. Aku cepat putus asa. Tapi kadang-kadang sikap aku tu over sangat kot. Tapi aku sedar salah aku jugak. Aku nak mintak maaf kat Cikgu Rosmaniza sebab aku naik angin time dia masuk kelas pulak... Aku rasa penting untuk aku sebagai manusia untuk mengawal kemarahan . Iblis tu tunggu dok cucuk aku ja... Biasalah , dalam mendepani kehidupan ada ja konflik, masalah yang kita hadapi..
Kita perlu cari balik salah kita (tapi bukan bukak aib) dan kita belajar untuk mengubah segalanya kepada yang lebih baik.