Wednesday 16 July 2014

Aib, Aib Everywhere

Assalamualaikum semua, bertemu pada post kali ini.

Dah tengok tajuk tu ? Yang boleh berbangkit isu ni sebab teringat cerita tajuk AIB dengan member tidak berapa lama dahulu. (ada la setahun, dua, tiga tahun dulu.) 
Cakap pasai AIB , everyone knows apa itu AIB. Aku malas nak hurai panjang-panjang pasai maksud AIB ni. Yang penting sekarang ni macam mana itu situasi " AIB ".


-Bukak Aib Orang : Yang ni memang takdak keja bukak aib orang. Dah tu manusia tu jahat ka, kaki judi ka, penzina ka, janganlah pulak pi sebar lagi cerita pasai manusia tu jahat dengan sekali detail perbuatan dia. Jangan la kita macam tu, berilah peluang dan support manusia tu untuk bertaubat.

-Bukak Aib Sendiri : Contohnya, post status yang tertentu, bersikap bukan-bukan dalam laman sosial, upload foto tak senonoh , (kiranya yang bukan-bukan dan entah apa-apa) , tahap brain retarded dan pelbagai lagi. Lepas tu bila orang komen nasihat atau mengutuk photo yang diupload , dah tu user tu maki pengkomen-pengkomen tu balik. Senang cerita, "Jangan Upload Aib Anda."

-Orang Bukak Aib Kita : Fikir semula , kita pernah tak mengaibkan orang? Kalau ada , cuba mintak maaf kat orang tersebut. Ni kalau dah terbukak aib sendiri , pandai-pandailah tutup aib kita seperti kita pandai-pandai bukak aib orang lain.


Sembang pasai aib ni , hal ini kiranya kategori berat jugak la bagi aku. Kalau aib sendiri terbuka, malu kat orang-orang sekeliling. Tapi ingat satu benda ja, buat perangai tu elok-elok , sebab apa :-

 "Kalau Tuhan  bukak aib kita depan orang lain sebab kita perbuatan kita jugak, macam mana pulak rasanya ?


Dah tu sapa-sapa , kalau dia terasa aku bukak aib dia ka , aku mintak maaf seikhlas hati. Aku ni kadang-kadang bangang jugak , cakap laju jer tiada tapisan , tak perasan la kot aku bukak aib orang. Jadi saya minta maaf sekali lagi . Sekian sahaja untuk post sekali ini , Assalamualaikum.
Pesanan saya pada post sekali ini :


"Speak No Evil."
"See No Evil."
"Hear No Evil."

"Jangan Upload Aib Anda , Anda Mampu Mengubahnya."

No comments:

Post a Comment