Sunday 12 January 2014

2014 is HERE!!

   Ini adalah post pertama di awal tahun setelah beberapa lama tidak aktif blog setelah bercuti tahun lepas dan malas bukak pc sebab lama tak topup broadband -_-. Berbalik kepada tajuk utama,2014 is HERE!! , tahun ini merupakan tahun kesempitan (aku rasa). dengan kenaikan harga yang nu yang ni dan perlaksanaan cukai GST kelak bakal merubah keadaan ekonomi Malaysia? Mungkin? Hahaha. Tak mau nak hurai panjang. Tahun ini tahun aku bakal menduduki SPM with batch #97 !!! This is important year !! Tapi macam ubah sikit je diri aku. rajin sikit kot. Walaupun rezeki itu hak Allah , tak usah nak duduk saja dan tidak berusaha. macam mana Allah nak bagi? Setelah balik daripada Perkampungan Penulis Remaja tahun lepas, aku rajin jugak mencipta puisi. Puisi yang pelbagai genre, tetapi cinta + unsur nasihat. Mudah untuk mengungkapkan sesuatu yang aku rasa dalam puisi daripada mengungkapkan di bibir ini.
Tu dia. Puisi yang tulis kat note.

kalau tak nampak kat gambar tu, zoom lah sendiri. haha. Sebenarnya , blog ini juga menjadi tempat meluah perasaan. Kadang-kadang bila silap post status kat Facebook, nanti salah faham pulak. biasalah. Facebook bukannya tempat meluah perasaan, ianya Laman Sosial.  Berbalik kepada hal tadi, menulis puisi merupakan salah satu medium aku menyampaikan/meluahkan perasaan. Itu fitrah untuk mencintai seseorang. Macam aku, aku mencintai tut tut tut. Sapa nak mengaku? Betui dak? Tapi kalau anda, anda dan anda mencintai sesorang dan tau-tau sudah ada yang lain di hatinya, janganlah bersedih. Biasalah. Hidup ini memang begitu. Tapi jangan kita salahkan dia pulak atau diri kita. Kita perlu redha . Setakat masih seorang remaja yang bersekolah, usahlah nak kata " nak wat camna, takda jodoh dengan dia." Tak layak lagi nak sebut lagu tu. Sabar lah. Nak sampai umur 24/25 bukan lama pun. Nak kukuh ekonomi bagi orang lelaki kot yang tu lama. .

Tapi apapun selamat menjalani kehidupan 2014 dan seterusnya!!

No comments:

Post a Comment